Dajjal
adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk
lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin”
seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan
ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka
bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama
juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti
Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak
dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala
ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai
hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap
dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan
masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat
Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang)
rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga
dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan
dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar
dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari
belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama:
Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata
kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi
kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir
(Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia
pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda
ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum
itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat
Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab
“Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai
di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”.
Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh
membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal
itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar
menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur
bukan di Barat.
Berapa
lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya
kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya
adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan
satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi
keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14
hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi
ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg
pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga
seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama
seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di
hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang
sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu
mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap
sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita
mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari
seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas
sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka
hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang
Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita
sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh
seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun
dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang
setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah
Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk
menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa
kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan
Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3
tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa
dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak
akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu
Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan,
ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah
dan bumi menjadi subur. Begituj uga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur
dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu
bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki
segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam
kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan
oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka
akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi
zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah
Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan
neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya
ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari
apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg
dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak
dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari
ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet
tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan
tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami
bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi
ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al
Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam
yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan
kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa
yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Walahua’lam …….
Artikel diambil dari : http://jadiberita.com
0 komentar:
Posting Komentar
Berkomentarlah yang baik dan sopan, no spam, sara dan sek!!